30 Aug 2014

Ini Tanah Merdeka

Kerna kita seperti telur sekangkak, pecah satu, pecah semua.

Dulu malam pungguk juga percaya,
Pada tanah dipijak,
Tanah berdaulat.
Kerana atas tanah yang menitis,
Darah anak watan,
Darah perjuangan,
Darah bangsa merdeka.

Kini siang juga percaya,
Anjing liar saja bingung,
Tanah ini tanah apa.

Detik demi detik,
Titis – titis masa diisi dalam balang usia,
Kekadang terlupa pada tanah merdeka.

Lahad Datu mengirimkan awan duka,
Tragedi merangut nyawa pencinta bangsa,
Tragis, pilu memenuhi pusara jiwa,
Bulan tak lagi bicara,
Terpaku meratapi jiwa pencinta.

Bagai tersentak dari lena pura,
Terkerah segala saki kudrat,
Yang gagah pikul senjata,
Meloncat ke gelanggang,
Yang punya suara laung jerit,
Mengacah musuh,
Yang lumpuh bertimpuh doa yang Satu,
Biar selamat bumi merdeka,
Biar terjaga maruah nusa.

Matahari menyinar semula,
Memancarkan sinar perjuangan bangsa,
Masih belum selesai,
Kerana kita seperti telur sekangkak,
Pecah satu, pecah semua.

Dan disini malam pungguk masih percaya,
Maruah tanah bangsa perlu ditegakkan,
Kerna disini tumpahnya darah anak watan.

Siang tersenyum.
Bulan, matahari juga sama,
Kita masih merdeka,
Di bumi Malaysia.

nzmiehmzh ;)

#SalamMerdeka

5 Feb 2014

Menanti Kerinduan

oh burung, nyanyikanlah. katakan kepadanya aku rindu.
Di pohon kerinduan,
Lama rasa ini bersarang,
Bertelur dan mengeram di dasar hati,
Entah bilakah ia akan pergi.

Derita kerinduan ini,
Bagai menanti hadirnya titis-titis hujan di gurun kontang,
Bagai menanti pelangi rindu di balik awan kelabu,
Bagai menanti sebuah kerinduan yang panjang.

Entah bilakah rasa ini hadir,
Mengetuk pintu hati,
Bersarang tanpa permisi,
Menetas tanpa janji.

Oh burung,
Sampaikanlah surat rindu kepadanya,
Oh burung,
Nyanyikanlah, katakan kepadanya aku rindu.

Sepatah kata rindumu,
Bersarang selamanya dihatiku,
Kubiarkan ianya mengeram,
Lalu menetas menjadi sayang.

28 Jan 2013

Waktu Terhenti



Menuju Jalan Cinta Tuhan-Mu

Dan aksara Tuhanmu berkata;
Telah aku ciptakan jin dan manusia adalah untuk beribadat kepadaku.

Dalam gelap,
Atma ini merintih pedih,
Mengenang tompok noda hitam,
Tergumpal menjadi ketulan dosa.

Gumpalan-gumpalan itu,
Mengunci pintu hati,
Memenjara aku,
Dalam ruang kelam,
Tanpa cahaya.

Rentak ritma duniaku kini,
Bukan lagi berpaksikan dimensi cinta pada Sang Pencipta.
Terhanyut aku,
Dek terlupa akan aksara-aksara yang pernah bergetar,
Dalam setiap nurani insan.

Dalam samar-samar cahaya gelap,
Hati ini seakan lupa,
Hidup hanyalah garis masa,
Yang bisa terputus,
Saat tiba detiknya.

Kumohon,
Kumohon kepadamu Ya Rabbi,
Berikan aku kehidupan semula,
Untuk aku meniti jalan yang Kau redhai,
Jalan syurga-Mu,
Jalan Siratulmustaqim.

16 Jun 2012

Tiada chinta di sini

menunggumu menyeksakan aku

Kuserahkan hati ini,
pada chinta yang tak mampu kumiliki.
Kuserahkan jiwa ini,
pada rindu yang tak mampu aku penuhi.

Biar bulan dan bintang menjadi saksi,
Hanya chinta tulus ini,
Kukarangkan kepadamu,
Agar kau tahu,
hati ini hanya padamu.

Namun aku tahu,
Chintaku padamu tak kan pernah bisa bersatu.
Biar apa jua cara,
Biar apa jua cerita,
Sudah pasti kuhanya sendiri.

Merinduimu kala diriku sepi,
Menyintaimu dalam kamar hati,
Mengigatimu disaat hati ini sendiri,
Memilikimu hanyalah suatu mimpi.

Kerna kutahu kita tak mungkinkan bersama,
Melawan fitrah insani.


27 Feb 2012

salahkah rasa ini?



cinta tak semestinya bersama


Dalam pencarian warna kehidupan
Kekadang terasa ganjil.

Mengapa diciptakan
perasaan yang tak boleh dirasa?
Mengapa diberikan
perasaan yang tak boleh diluahkan?

Mengapa dijadikan
perasaan yang tak boleh diterima?
Mengapa wujudnya perasaan
sedangkan perasaan itu salah?

Terasa begitu perik
Memendam perasaan tiada nokhtah
Mencintai insan yang tak bisa dicintai
Merindu insan yang tak bisa dirindui

Entah mengapa perasaan ini hadir
Mengetuk pintu sanubari
Tidak sekalipun doa dirintih
Hadirnya tanpa mengungkap kata

Kekadang jiwa ini terasa keliru
Antara sah dan haram
Antara naluri dan aturan
Antara keinginan dan cinta

Entah bagaimana muncul
Insan yang tak pernah diimpikan
Menghantui setiap detik ketika
Mengetuk hati insan

Walau sehebat mana sekalipun
Rasa keinginan yang tak mampu ditahan
Namun akal sentiasa disisi
Menemani hati memandu diri

Dalam kesamaran sebuah cinta
Hati ini hanya mampu melihat
Senyum tawa
Pengoda cinta

Kerna takut untuk merasai
Peritnya cinta yang tanpa jawaban
Lalu kupilih memendam rasa.

Nazmi Hamzah
9:08PM
27/2/2012

29 Jun 2011

Pemergianmu

Muhammad itu ialah Rasullah

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira'
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kausapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah 
Kau tunggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

Daripada : In-Team

Salam Isra' Mikraj

27 Jun 2011

muhasabah cinta

kata orang, air mata itu penebus dosa
Wahai pemilik nyawaku
Bertapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Kupasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru kusedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cinta-Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa
Biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini 
Ya illahi
Muhasabah cintaku

Tuhan 
Kuatkan aku
Lindungi aku dari putus asa
Jika aku harus mati
Pertemukan aku dengan cinta-Mu

Daripada : EdCoustic



19 Jun 2011

berhenti berharap

kadang kadang berhenti berharap itu jalan terbaik

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar di sini
Tersudut menunggu mati

Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cintaku dapat

Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam 
Bila putih menyenangkan

Aku pulang
Tanpa dendam
Aku terima 
Kekalahanku

Aku pulang
Tanpa dendam
Kusalutkan
Kemenanganmu

Kau ajarkan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Aku pulang
Tanpa dendam
Kuterima
Kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti semua
Shiela On Seven : You Tube Berhenti Berharap 

25 May 2011

Terpisah


cinta tak semestinya bersama

Aku takkan merasa kalah
Dalam penantian yang tiada jawapan
Aku hanya merasa lelah
Setelah mengurungi hatiku
Dalam cinta yang tidak pernah terjawab

Aku seperti tertusuk sembilu duri
Yang tiada pernah kusedari
Meninggalkan luka dan syahdu
Derita seorang perindu

Menikmati rasa pedihnya hati
Sehinggakan aku tak terasa
Luka ini telah mengalirkan darah
Yang tiada henti

Di sini kubersaksi
Begitu dalamnya cintaku
Hinggakan aku tak bisa lagi
Membezakan antara tangis dan tawaku
Kedua-duanya telah menjadi satu
Dalam butiran kehampaanku

Biarlah cintaku
Hidup subur
Dalam taman kerinduan ini
Bagai kembangnya bunga pagi
Yang tiada lagi seri
Akan kusirami dengan air mata
Dari lubuk hati lara

Di taman ini
Akan kukhabarkan pada awan hitam
Aku ingin menyapamu
Meskipun hati ini mengerti
Cinta kita tak kan boleh bersama lagi.

Aku mungkin belum mengalah,
Tapi aku pasti mulai kecewa
Membawa kakiku berlari
Jauh daripada cintamu
Perlahan tapi pasti
Ku tak punya daya lagi
Untuk kembali


20 May 2011

benar itu tidak benar

kadanag kadang yang benar itu tidak sebenar-benarnya.

Hari ini Kau kelihatan segak
Kau berjalan lagak seorang bagsawan
Seolah-olah kau ialah presiden
Yang memegang kuasa dunia
Penuh dengan karisma

Kau tuturkan satu per satu bicara
Tanpa inginkan kecacatan
Pada susun atur kata.
Kau menuntut segala kesumpurnaan
Kau takut
Kegagalan Kau dalam melancarkan bicara
Mereka tidak lagi memperjudikan
Seluruh kepercayaan mereka.

Namun Kau terlupa
Kadang-kadang kesempurnaan itu
Membuat Kau jatuh
Rebah tanpa kata
Tersungkur penuh derita.

Hari ini Kau berbicara soal negara
Kau berbicara seolah-olah
Tanpa ada sedikit pun kegagalan
Semua yang Kau kata
Kau telah kota
Semua yang kau rancang
Kau buat
Tanpa ada secebis pun kegagalan.

Kau buktikan kata-kata Kau itu benar
Kau tunjukkan kepada dunia
Hari ini Kau telah membina sebuah negara
Negara yang dihujani dengan limpahan pembangunan
Dahulunya hanya hijau
Sekarang penuh segala macam warna

Namun dalam kerakusan mengejar
Kekuasaan yang tiada sempadan
Kau terlupa
Generasi hari ini masih terkapai-kapai
Mencari hala tuju sebernar apakah itu kehidupan.

Mereka terleka dengan segala bentuk pembangunan
Mereka terlena dengan segala bentuk kemajuan
Tanpa Kau sedari
Mereka sebenarnya terseksa
Menderita
Mengenal diri
Di jalan-jalan gelap

Hari ini
Kau menamatkan bicara
Dengan kata-kata propanganda
Seperti selalu Kau lakukan
Aku sudah muak.

Selesai berbicara
Rakan Kau mula menyusul
Hari ini Rakan Kau berucap panjang
Ucapan yang tidak pernah aku sendiri terduga

Rakan Kau bercakap mengenai
Nilai kemanusian
Aku terpaku seketika
Benakku tertanya-tanya
Apakah itu nilai kemanusian dimata Kau dan Rakan-rakan Kau?

Dia berbicara
Katanya kita perlu saling mengasihani
Aku ketawa kecil
Kata hatiku
“Orang macam Kau tak layak bercakap soal itu”

Dia bercerita seolah-olah
Hari ini Dia bagaikan seorang pensyarah
Bercakap panjang lebar.

Dia mula menunjukkan segala kebaikan
Katanya, Kau bersusah-payah
Menolong segenap masyarakat
Menolong mangsa-mangsa bencana alam
Menolong masyarakat dunia
Menolong segala macam jenis manusia.
Buktinya
Lihat pada dada-dada akhbar
Kau yang menolong mereka
Tiada yang lain.

Namun
Disebalik kata-kata itu
Dia terlupa
Apabila mula berbicara
Mengenai segala sifat
Dengki
Kianat
Fitnah
Tohmahan
Dimanakah letaknya nilai kemanusian yang diagungkan?

Dalam hatiku ini
Terasa sakit
Melihat satu per satu penipuan
Kau pandai bermain teka-teki
Boneka bermacam-macam
Kau telah suapkan
Kau hanya memikirkan soal kuasa
Tanpa menghiraukan
Rasa sakit yang membunuh
Jiwa seorang manusia.

Kemudian
Bagun pula
Rakan Kau yang ketiga
Dia memulakan tugasnya
Membidas segala perkara

Dia hari ini
Bagaikan seorang peguam
Yang membela kejahatan
Tanpa meletakkan keadilah pada tempatnya

Dia cukup bijak
Memutar-belit segala jenis fakta
Yang boleh menjatuhkan maruah
Kau dan mereka

Dia membidas
Penuh yakin
Namun disebalik keyakinan itu
Dia tidak dapat menyembunyikan
Kebenaran

Mulutnya seolah-olah bercakap benar
Tetapi matanya seolah-olah menipu
Kasihan mereka yang mendengar
Terpaksa memekakkan telinga
Demi mengiyakan segala kata-kata
Rakan karib Kau

Dalam diam
Aku masih tertanya-tanya
Sebenarnya
"Apakah yang Kau carikan di dunia ini?"

13 Apr 2011

Di pantai sepi


sepi sendiri tatkala senja menemani

Matahari terleka
Tatkala menyerahkan segala cahaya ketulusannya 
Pada sang rembulan

Ketulan-ketulan awan bergerak sepi
Memecahkan gelap malam

Desiran angin menderu shahdu
Mengikut rentak alunan ombak sepi

Saat gugusan-gugusan bintang
Melambaikan percikan sinar kilauan

Pepohon kelapa itu seakan begitu terasyik
Menikmati malam yang tenang

Seperti aku yang mula merasai
Agungnya ciptaan Tuhan

Saat malam berlabuh bicara
Aku masih di situ
Di pantai sepi
Anugerah Tuhan


(Memorabilia Pantai Merdeka)

12 Apr 2011

MEMORABILIA

delima dunia. persahabatan juga penting. ilmu sudah tentu.

Kekadang soal mengetuk atma
Sudah sediakah aku untuk pergi?
Menempuh kembara global
Demi setitis ilmu.

Kekadang soal menyapa benak
Sudah sediakah aku untuk pergi?
Meninggalkan helaian kenangan lalu
Penuh suka dan duka.

Aku takut,
Dalam kerakusan menimba ilmu
Dalam keghairahan mengejar cita
Helaian kenangan lalu bisa koyak
Menjadi cebisan-cebisan kecil
Lantas hilang!

Tapi kini aku sedar
Aku punya dua tangan
Aku punya hati besar
Takkan memorabilia hilang
Bahkan bersatu bersama titis-titis ilmu.

Credit to my BFF Farez Syinon Masnin 190707

tercipta untukku- sebuah CHINTA

hatimu, hatiku. menjadi satu chinta.


Andai hatimu adalah hatiku,
Dan hatiku adalah hatimu.
Akan kupalit rasa kasih,
Akan kusirami rasa sayang,
Akan kubelai rasa cinta,
Bersama mimpi indah.

Akan kualunkan lagu gembira,
Menggapai pelangi chinta,
Menuju gerbang bahagia,
Membina Taj Mahal chinta,

Biar chintaku ini,
Setulus kasih chinta,
Shah Jehan kepada Mumtaznya,
Biar kasih dan sayang ku ini,
Bersamadi hanya padamu,
Kerna kutahu,
Kau tercipta untukku.


(mood: sedang ingin berchinta)

Followers