30 Aug 2014

Ini Tanah Merdeka

Kerna kita seperti telur sekangkak, pecah satu, pecah semua.

Dulu malam pungguk juga percaya,
Pada tanah dipijak,
Tanah berdaulat.
Kerana atas tanah yang menitis,
Darah anak watan,
Darah perjuangan,
Darah bangsa merdeka.

Kini siang juga percaya,
Anjing liar saja bingung,
Tanah ini tanah apa.

Detik demi detik,
Titis – titis masa diisi dalam balang usia,
Kekadang terlupa pada tanah merdeka.

Lahad Datu mengirimkan awan duka,
Tragedi merangut nyawa pencinta bangsa,
Tragis, pilu memenuhi pusara jiwa,
Bulan tak lagi bicara,
Terpaku meratapi jiwa pencinta.

Bagai tersentak dari lena pura,
Terkerah segala saki kudrat,
Yang gagah pikul senjata,
Meloncat ke gelanggang,
Yang punya suara laung jerit,
Mengacah musuh,
Yang lumpuh bertimpuh doa yang Satu,
Biar selamat bumi merdeka,
Biar terjaga maruah nusa.

Matahari menyinar semula,
Memancarkan sinar perjuangan bangsa,
Masih belum selesai,
Kerana kita seperti telur sekangkak,
Pecah satu, pecah semua.

Dan disini malam pungguk masih percaya,
Maruah tanah bangsa perlu ditegakkan,
Kerna disini tumpahnya darah anak watan.

Siang tersenyum.
Bulan, matahari juga sama,
Kita masih merdeka,
Di bumi Malaysia.

nzmiehmzh ;)

#SalamMerdeka

Followers