27 Nov 2010

Bersama

sepakat membawa berkat
Luka hitam mencalitkan,
Setompok parut kedukaan,
Tatkala 13 Mei meragut mawaddah kita,
Rusuhan membunuh anak bangsa.
Lantas, terbinanya kedaulatan prinsip bersama,
Kita berjanji setia bersama Rukun Negara,
Kita bina semula mahligai istana,
Bersama tiang perpaduan bangsa.

Dan sewaktu ini,
Kau menikmati air tanganku,
Nasi lemak penuh kasih sayang,
Dan aku menikmati yong tau fu ketulusanmu,
Kurasai enaknya makanan perpaduan,
Kini kau dan aku saling memerlukan.
Kualun irama gemersik Gong Xi Fa Cai,
Kau dendang lagu indah Aidilfitri,
Kugesek biola kehidupan,
Kau palu gendang perpaduan,
Kita semat citra muhibbah,
“Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.”

Followers