12 Apr 2011

ketawa


ketawa itu penting tetapi berpada pada.

Apabila kita ketawa,
Kita mengetawakan diri sendiri.

Ya memang, mengetawakan orang sangat mudah.
Tetapi, mengetawakan diri sendiri itu yang lebih susah.

Dengan ketawa pada diri sendiri,
Kita belajar menjadi manusia yang menyedari kelemahan yang ada.

Tetapi menyedari bukan bermakna kita menerima.
Ia akan menjadi langkah pertama untuk kita mempebaikinya.

26 Dec 2010

Life is Beautiful

the beautiful moment in yourr life is when you are smiling fulhearten

If u are my sun
You can brighten my heart
By colouring it with lovely sunshine of your true love
With the million colours of rainbow

I want to fly
Fly with colours
To reach the great rainbows of ambition
Nothing is impossible

I want to fly in the space freely
and colour the blue skies
Nothing can stop me
Because I am a guy
With a big heart
A big of spirit
A big ambition
To succeed in my life

Life is beautiful
With the true love and ambition 

20 Dec 2010

Akhirnya Kau Jatuh

tak salah kalau jatuh. yang pasti bagun semula. jangan ego.

kau yg terasa bodoh
setelah kau jatuh dari bukit yang tinggi
ya. kau yang terlalu bodoh
mengejar sesuatu yang kau tak mampu

orang dah cakap 
rancang dulu baru bertindak
tak. tak. tak
kau tak nak ikut
degil

sekarang lihat 
kau sudah jatuh
depan banyak orang pulak tu
kasihan kau
orang ketawakan kau lagi

apa?
kau tak tahu
bagaimana nak bangun semula
sangat sukar kan?
setelah jatuh baru kau sedar
sebenarnya kau tak boleh
kau tak boleh
kau tak boleh
kau faham tak?
kau tu lembab
sengal
segalannya ialah kau!!!!

sekarang kau kena fikir
macam mana kau hendak bangun semula
kau tak nak jatuh lagi kan?
kau kena usaha
kau tu jangan anggap kau 
pandai
bijak
sebab kau memang tak bijak.
kau kena terima hakikat itu okay

sekarang kalau kau tak nak malu
baik kau pergi belajar naik bukit
nanti kau tak kan diketawakan lagi

27 Nov 2010

ITU SEKOLAH KITA

tempat kita bersama mencari setitis ilmu

Sudah lama kita berpisah,
Masa telah menemukan,
Lalu ukhwah bertaut kembali,
Mengimbas kisah dahulu,
Ketika kau, aku dan dia,
Masing-masing bongkak rasa,
Memperjuangkan bahasa ibunda,
Akhirnya musnah semua.

Dulu, kau, aku dan dia,
Menagih ilmu di bangunan lama,
Chong Wei di sekolah Cina,
Aku di sekolah Melayu,
Mutusamy di sekolah India,
Kita terpisah dek rasa bangga.

Kini, kau, aku dan dia,
Berdiri teguh di bangunan cita,
Tempat kita berteduh,
Mencari lautan ilmu,
Bersama-sama bahasaku,
Yang kukongsi bersamamu.

Bersama

sepakat membawa berkat
Luka hitam mencalitkan,
Setompok parut kedukaan,
Tatkala 13 Mei meragut mawaddah kita,
Rusuhan membunuh anak bangsa.
Lantas, terbinanya kedaulatan prinsip bersama,
Kita berjanji setia bersama Rukun Negara,
Kita bina semula mahligai istana,
Bersama tiang perpaduan bangsa.

Dan sewaktu ini,
Kau menikmati air tanganku,
Nasi lemak penuh kasih sayang,
Dan aku menikmati yong tau fu ketulusanmu,
Kurasai enaknya makanan perpaduan,
Kini kau dan aku saling memerlukan.
Kualun irama gemersik Gong Xi Fa Cai,
Kau dendang lagu indah Aidilfitri,
Kugesek biola kehidupan,
Kau palu gendang perpaduan,
Kita semat citra muhibbah,
“Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.”

Keampunan-Mu

keinsafan itu lebih penting daripada segala galanya


Dalam kesepian malam,
Hati ini bagun,
Tatkala, hati lain dibuai mimpi,
Hati ini mengorak penuh taqwa,
Beralaskan wudhu’ yang sempurna,


Hati ini, menghamparkan permaidani indah,
Bersujud penuh taqwa,
Menginsafi diri dalam tangis,
Demi memohon,
Magrifah-Mu,
Rabbul izzati..

Hati

hati tetap hati. dalam hati ada rasa.
Mengimbau kenangan silam,
Saat lagu gembira berkumandang,
Setiap detik,
Hati ini menyanyi girang,

Namun,
Detik itu terhenti,
Pabila api membakar hati,
Pisau menusuk nurani,
Saat kebencian bersarang dihati,
Saat itu hati merintih,
Pedih,
Bagaikan ditusuk sembilu berduri,

Namun,
Hati tetap hati,
Dalam benci,
Masih menyanyangi.

Mencari Sinar

mencari sinar baharu dalam hidup kadang kadanag sukar

Bila kumula mengorak langkah,
Ternyata jalanku gelap,
Tanpa sinar cahaya,
Tanpa pelangi indah,
Penuh sepi,
Kelam tak terkata,

Aku terpana pada satu kilauan,
Ternyata secebis kilauan bintang,
Kumendongak ke langit hitam,
Memerhati sinar kilauan,
Mencari cahaya,
Mencari warna cita-cita,
Menggapai sinar penuh gagah,
Agar tak terhempas,
Dibalik kegelapan.


Tewasnya Hati Itu

hitam penuh dosa dan noda


Tika atma merah merintih,
Mengenang memori ungu,
Penuh dengan noda hitam,

Diri ini kaku,
Diselubungi seela kain putih,
Bagaikan tersentap dari lamunan,
Terjaga dari kesepian,
Dosa itu penuh kelam,

Namun,
Sinar cahaya jingga itu datang,
Bersama sejuta warna pelangi,
Atma yang dulu hitam,
Diwarnai dengan warna kehijauan,
Menyuburinya dengan nilai ketaqwaan.
Menghiasinya dengan sejuta pedoman,

Terima kasih Tuhan,
Kini kubesujud,
Atas landasan keimanan,
Sejadah itu menjadi saksi,
Tewasnya hati yang kelam.

17 Oct 2010

Pelangi Cita

cita cita seindah pelangi

Aku ingin terbang,
Mewarnai awan biru, 
Meninggalkan sisa-sisa hitam.

Penuh kedukaan, 
Penuh penipuan. 
Aku ingin terbang, 
Menggapai pelangi cita, 
Menggorak penuh gagah, 
Penuh semangat, 

Bersama sejuta warna kegembiraan.
 Akan kuhapuskan air mata dulu, 
Demi cita setinggi awan, 
Kubertekad dan berazam, 
Menggapai pelangi indah, 
Bersamamu, Teman.

Followers